Tuesday, February 16, 2010

Sejak akhir-akhir ni, kemelut dalam PKR dah jadi topik nombor wahid. Hari-hari ade je berita yang dulunya Al-Jub kata mainan dan fitnah Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya. 

Berita yang dikatakan fitnah tu rupa-rupanya dah jadi bom nuklear bila DS Zahrin Hashim (DSZH) keluar dari PKR. Si Nuar pun berkatalah "saya kecewa kerana di DSZH tak bincang dulu dengan beliau sebelum buat keputusan". Tak taulah benar ke tidak dakwaan si Nuar ni. Susah jugak nak percaya. takkan lah kawan baik lagu tu pun tak bincang dulu. 

Tapi mungkin jugak tak bincang, sebab akhir-akhir ni Al-Jub sibuk bebenor. Mana ada masa nak fikir macam-macam masalah, perlu masa untuk buat persediaan nak jadi PM (kah... kah.... kah.... bloggers boleh tambah banyak lagi kah kalau mau), masa nak merayu mintak dokumen, nak rayu batalkan pendakwaan, nak rayu supaya tangguh, nak jumpa MP Australia, USA dan saudara-mara di eropah, nak pecat hakim, nak buat CD haram, nak buat cerita rekaan, nak ceramah dan macam-macam nak lagi. Perlu jugak masa nak mengadap Wan Azizah, yang belakang macam-mana? Tu belumlagi nak jumpa si Sha****** dan 'anak'nya.
Dalam keadaan kelam kabut tu, banyak juga orang UMNO termasuk peminpinnya yang mencadangkan agar wakil-wakil rakyat PKR dan PAS kembali bersama-sama berjuang bersama UMNO atau dalam UMNO demi Melayu dan Islam. Kadang-kadang saya rasa bimbang, kalau ramai yang pindah parti, banyak pulak pilihanraya kecil kerana ikutkan fatwa Nikjid, siapa yang pindah parti, mesti letak jawatan. Yang peliknya, fatwa tu macam jalan sehala. Kalau wakil rakyat BN ke PR, tak perlu letak jawatan, hanya orang  PR ke BN saja yang perlu letak. Nikjid, sudah-sudahlah mengigau. Yang banyak mengigau ni burung merak je. Takkan Nikjid sama standard dengan burung merak. Ingat tabiat burung merak, khasnya merak jantan macam Nikjid, pantang "berkenan", kembanglah ekornya. Silap haribulan, adalak yang berkenan yang di"bawah ekor" tu. 

Bab tukar parti dari PKR & PAS ke BN ni, saya rasa orang UMNO tak usahlah buang masa. Yang pindah parti tu bukannya kerana usaha UMNO. Depa sendiri yang nak pindah. Biaq pi kat depalah.

Sebelum kita banyak bicara tentang pindah parti, rasanye ade baik kita belek balik, siapa-siapakah yang ada dalam PKR. Ikutkan penelitian saya, dalam PKR ni ada 4 kumpulan utama.

1- Pertama, orang Melayu yang kecewa dalam UMNO kerana sebab-sebab peribadi. Antaranya tak dapat projek, tak dapat jawatan ataupun orang yangmereka bergantung dah hilang jawatan. Mereka ni masuk PKR kerana nak cari tapak baru. Kumpulan ini sebenarnya amat sayangkan bangsa melayu. Walupun tidak bersama UMNO, mereka masih perjuangkan melayu. Bagi mereka, jika melayu dikacau, mereka akan bangkit menentang. Sebahagian daripada kumpulan ni dahpun masuk UMNO atau dok diam saja. Lebih tepat pencen awal walaupun orang politik sebenarnya tak reti istilah pencen.

2- Kedua, orang melayu yang amat teruja dengan Al-Jub. Mereka kecewa dan marah bila idola mereka dihadapkan kepengadilan dan masuk rumah pasung. Bagi mereka, mana mungkin seorang Sheikh boleh buat perangai lagu tu, perangai kaum Luth. Apapun hujjah orang lain, mereka tetap tak terima. Sheikh tak salah. Kalaupun nanti 5 orang hakim sebulat suara buat keputusan yang Sheikh tu bersalah, mereka tetap kata hakim tu belot dan tak adil. Yang mereka dengar, yang mereka percaya hanyalah Sheikh mereka, yang pada mereka hampir maksum. Mereka hanya kata hakim betul yang jalankan tugas dengan adil jika hakim kata Sheikh mereka tak bersalah. Kumpulan ni sebenarnya tak ramai mana pun. Tapi suara mereka kuat dan ada sorang dua dah jadi wakil rakyat. Soal Melayu, soal Islam bukanlah perkara yang penting bagi mereka.

3- Kumpulan ke 3, agak besar dan dipelopori oleh golongan muda dan berekonomi pertengahan. Mereke nilah yang paling kasar dan ganas. Mereka sebenarnya tak tau apa-apapun pasal politik. Pakai ikut je yang balaci-balaci Al-Jub suruh. Kalau ajak demonstrasi, refomasi, provok, kianat harta awam atau apa saja kerja yang tak ikut undang-undang, kumpulan ni lah yang jadi jagohan. Dulu, kumpulan nilah yang paling besar jumlahnya, tapi mutakhir ini dah agak kurang. mungkin sebahagiannya dah mula sedar dengan kerja tak guna tu. Mereka mungkin sedar yang mereka diperalatkan. Bila kena tangkap, kena gas pemedih mata atau apa saja tindakan pihak berkuasa, merekalah yang kena. Orang lain termasuk Sheikh & orang-orang disekelilingnya tak tolong pun. Mereka berseronok je. Depan belakang tarok, yang kena tu, tanggunglah sendiri. Masa pilihanraya, hanya sorang dua je dari kumpulan ni diberi peluang jadi calon dan hampir semuanya kalah.

4- Kumpulan ke 4 ni terdiri daripada yang bukan melayu. Mereka bukannya nak sokong sangat PKR ataupun Al-Jub. Tujuan mereka semata-mata nak ambil kesempatan atas kebodohan orang melayu. Bubuh segala macam racun supaya orang melayu punah ranah. Kumpulan nilah jugak yang sponsor kerja-kerja bodoh yang dilakukan oleh kumpulan ke 3 di atas. Mereka cukup seronok tengok orang melayu bergaduh sama sendiri. Kumpulan ni bukannya tau sagat pasal politik. Malah ada setengah daripadanya tak pernah mengundi dan tak mendaftar sebagai pengundi pun. Kalau rakan-rakan bloggers masih ingat, ada seorang ahli kumpulan ni yang dilarang bertanding kerana sebab-sebab tertentu, telah disahkan tak pernah berdaftar sebagai pengundi. Kumpulan ni merasakan merekalah orang yang paling sempurna. Yang orang lain buat semua tak betul. Tapi atas arahan dan kepentingan Shiekh mereka, mereka akhirnya terima DAP dan PAS walaupun hati kecil mereka tak suka. Ade yang sorang tu, kononnya dari bintang tapi sebenarnya bukit bintang je terpaksa sokong DAP walaupun dulu beliau keluar roket dan tubuh parti sendiri kerana tak belaga angin dengan Kit Siam dan dan balac-balacinya. Yang penting, orang melayu mesti dihura-harakan. Hari ni, yang dari bintang tu dan mual mengaum balik kerana tak selesa dengan Kit Siam dan "kentut"nya. 

Satu lagi komponen penting dalam PR yang terdiri dari orang melayu adalah dari kalangan ahli dan penyokong PAS. Mereka ni pun ada beberapa pecahan kecil, tetapi dua kumpulan yang utama ialah, yang penuh kepercayaan yang hanya PAS yang boleh membawa mereka ke syurga, sementara yang satu lagi ialah kumpulan anti establishment yang kerjanya menetang tanpa usul periksa apa saja yang kerajaan buat. Malah masa PAS perintah Terengganu, kumpulan ini jugak beri masalah pada kerajaan PAS Terengganu.

Jadi berbalik kepada suara-suara supaya orang melayu PKR dan orang PAS bersatu dengan UMNO untuk memperjuangkan melayu, pada saya usahlah buang masa. UMNO perlu fokus pada kerja-kerja parti dan selesaikan masalah dalaman yang jugak paling hebat dan mampu sekali lagi mengjahannamkan UMNO. UMNO nampak tenang hari kerana orang lain sedang bergaduh. Kocakan mereka lebih kuat, malah dah jadi ombak. Bila mereka reda, penyakit dalam UMNO akan serta merta tertonjol ke atas. 

Harapan saya, gunakalah masa yang ada ni untuk selesaikan masalah UMNO dan terus-teranglah kepada ahli dan penyokong UMNO yang UMNO sebenarnya ada masalah yang perlu diselesaikan. Jangan gunakan PERKASA untuk selesaikan masalah UMNO kerana dah jadi lumrah, orang UMNO tak boleh bersatu bila mereka rasa mereka dah besar. Bila PERKASA dah besar nanti, akan mulalah mereka bergaduh. Lagipun, mana ada logiknya orang melayu khususnya UMNO nak harapkan Brahim Ali untuk menjadi jurubicara orang Melayu & UMNO. Bukankah kita dah ada DS Najib, TS Muhyiddin, DS Hisham, Khairi, Shahrizat dan Rosnah. Takkan tak cukup atau kita sengaja nak menidakkan kemampuan jagohan kita tu. Tak munasabah langsung. Tidak dinafikan yang kita perlukan Brahim Ali, Helmi, Prof Zainal Keling dan ramai lagi yang sewaktu dengannya sebagaimana kaum lain gunakan Dong Zhong dan Hindraf serta pelbagai pertubuhan Cina dan India yang Dr Ridzuan Tee sebut sebagai Ultra Kiasu. Tetapi dipuncaknya kita mesti letakkan DS Najib dan rakan-rakan.

Berbalik kepada usaha untuk mengajak orang melayu dalam PKR dan orang PAS bersama dengan UMNO, saya rasa peluangnya amat kecil walaupun kita tak harus lepaskan peluang yang kecil itu. Mereka itu adalah dari kumpulan nombor 1 di atas. Walaupun nanti kita akan menjangkakan yang kumpulan ini mungkin kembali menjadi masalah dalam UMNO, tapi kita mestilah yakin yang mereka mampu membantu UMNO, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun yang akan datang. 

Usaha juga perlu dibuat untuk menyedarkan kekhilafan Kumpulan nombor 3, yang saya kira bukanlah suatu yang sukar. Yang penting, kerajaan dan pimpinan parti mestilah dilihat bersih dan menjalankan tugas dengan baik. Kumpulan ini sebenarnya agak idealis, semuanya mahu dilihat bersih tanpa mengambil kira realitinya yang mereka juga sebenarnya kotor. Dialog yang lebih kerap hendaklah dibuat dengan kumpulan ini dan "don't talk nonsense" bila bercakap dengan kumpulan ini. Sebagai orang muda dan berekonomi kelas menengah, mereka merasakan yang mereka tak perlu apa-apa dari kerajaan, sebaliknya sebagai pembayar cukai, kerajaan mesti baik, bersih & telus. Kerajaan mesti pastikan SPRM, Polis, JPJ dan semua agensi penguatkuasa undang-undang dan petugas awam dilihat cekap dan benar-benar melaksanakan undang-undang. Hatta kepada perkara-perkara yang dianggap kecil, umpamanya, tiada lagi kereta bercermin gelap, tiada lagi kenderaan yang mempunyai plat nombor terlalu kecil walaupun meraka memakai kenderaan bercermin gelap dan bernombor plat terlalu kecil. Tiada lagi sampah sarap, tiada lagi lampu jalan yang tak menyala, tiada lagi engine kapal terbang yang hilang, tiada lagi.... tiada lagi..... dan tiada lagi kes-kes bodoh dan diberi jawapan yang "mahabodoh" oleh menteri bila berlaku sesuatu insiden, umpamanya harga engine F15 dari berpuloh juta kepada hanya beberatus ribu. Dan tiada lagi kes seperti kapal selam yang baru dibeli tetapi tak boleh menyelam kerana berhadapan dengan masalah teknikal.

Usahlah dilayan orang PAS & penyokong mereka. Mereka, yang orang Kelantan kata "sesat barat" dan takkan pulih lagi. Kalaupun ada yang pulih, bukannya dengan usaha orang lain. Mereka ni tak percaya pada bomoh, dukun atau doktor. Kalau nak pulih, dia akan pulih sendiri kerana pada mereka, semuanya kerja Allah SWT.

Fokuskan usaha kita pada kumpulan 1 & 3. Kalau ini berjaya, secara otomatik, kumpulan 2 & 4 akan mengecil dan pupus dengan sendirinya. Lepas tu barulah kita boleh tumpukan segala persenjataan kita, "roket, torpedo dan kalau ada bom kimia & nuklear" untuk tembak DAP & PAS.

InsyaAllah. yang benar tetap benar dan Allah SWT berkuasa mengangkat dan menjatuhkan sesiapa diantara kamu.

No comments:

Post a Comment