Tuesday, December 29, 2009

aku naik heran

Hampir setiap malam bila menonton berita di TV Malaysia, baik RTM, TV3, Awani atau Bernama TV, ade jelah dipaparkan kenyataan yang bodoh wal bangang oleh para pemimpin PAS. Yang paling glamur dan paling banyak buat kenyataan adalah yang 3 suku musyid tu, yaitu nikjid. Ade jelah kenyataan separuh bengong yang dipaparkan.

Berita #1
Malam ni, nikjid cerita pasal seruan supaya PAS keluar dari PR. Ade ke nikjid kata, PAS boleh keluar dari PR dengan syarat UMNO kena keluar dari BN. Aku tak tahu asas mana yang nikjid pakai untuk buat kenyataan 3 suku tu. nikjid bukannya tak sedar yang desakan supaya PAS keluar PR kerana PAS dalam PR jadi mangsa buli Sheikh Pak (sila baca dari belakang sesuai dengan ********nya) dan kitsiam.
Adakah nikjid juga merasakan yang UMNO juga menjadi mangsa buli oleh MCA, MIC, Gerakan atau lain-lain parti dalam BN. Tentunya jawabannya "TIDAK". Atau nikjid rasa yang selama ni PAS yang memimpin PR. Tentunya jawabnya pun "TIDAK". nikjid mungkin berminpi atau angau hanya kerana ada suara yang menyatakan yang beliau yang paling layak memimpin PR atau dilantik menjadi Mursyidul 'Am PR....... alangkah malangnya nikjid kalau beliau berpendirian sedemikian sedangkan beliau sebenar-benarnya tahu yang dinegerinya sendiri beliau makin hampir benar ketepi gaung. Seperti kata anak perempuan kesayangannya, pimpinan PAS Kelantan sendiri tidak lagi mempertahankan nikjid.

Berita #2
Beberapa malam lepas, orang kuat pemuda PAS Kelantan dalam sidang media mengumumkan perletakan semua jawatan "tapi kekal sebagai ahli PAS" (satu kenyataan yang langsung tak perlu dibuat) mengugut akhbar supaya memohon maaf dalam tempuh 3 hari. Kalau tidak mereka akan disaman atas alasan menerbitkan berita yang beliau diarah oleh mahkamah supaya tidak tinggal bersama atau dengan kata lain "tidak lagi bersama" (yang ni sebenarnya dia paling bengang kerana tak dapat bersama) dengan bini no 2 kerana ada masalah dalam perkahwinan mereka. Apa salah akhbar melapurkan perkara itu kerana kes itu telah diputuskan mahkamah yang bersidang secara terbuka dan mahkamah tidak pernah melarang (order) berita itu dilapurkan. Lawyer mana yang telah menasihati orang muda PAS ni? Kenapalah cetek sangat otak Dr yang sorang ni. Patutlah, nikah 2 pun kena tipu sedangkan orang lain nikah 4 pun tak jadi isu. Yang tambah pelik tu, kenapalah susah-susah pergi nikah di Selangor, sedangkan beliau boleh menyeberang Sungai Golok je untuk nikah 1, 2 atau 3 orang lagi. Jadi patutlah beliau letak jawatan dalam PAS kerana kalau macam nilah tahap pemikiran beliau, buat rugi PAS je. Tambah lagi, beliau dilantik masa godfather nya amat berkuasa. Kini godfather dah tak bertaring lagi. Layaklah beliau pun berundur, sebelum disepak keluar. Tuan Syed sahabat beliau tu pun dah kena tendang.

Berita #3
Yang dari selatan tu pun dah mula tonjolkan ketololannya. Ade ke nak samakan perbezaan pendapat antara PAS, DAP dan PKR dengan perbezaan 4 mazhab besar dalam Islam. Mengucaplah sebelum mah"pus".
Tambah bengong bila dikatakan tujuan PR hanya satu, yaitu nak kalahlahkan UMNO yanng zalim. Kalau UMNO benar-benar zalim, belum sempat beliau buat kenyataan, lidahnya dah kena potong. Kalau sampai boleh kenyataan sedemikian, zalim ape ke namanye tu?
Hairan lagi ajaib bila berpakat hanya kerana nak tumbangkan UMNO bukan BN sedangkan BN yang bertanding. Atau beliau sengaja buat kenyataan sedemikian untuk menambat hati lain-lain parti komponen dalam BN. Kononnya yang lain semua OK, kecuali UMNO. aduhhhh, singkeknya pemikiran.
Orang tubuh parti, buat gabungan, pakatan atau Barisan untuk memerintah negara dan memberikan yang terbaik kepada rakyat, tapi yang sorang ni, hanya nak tumbangkan UMNO je. Lepas tu nak buat ape?


Berita #4
Bila anakanda kesayangan menulis dalam blog macam-macam, anataranya mengecam "tukang ampu" dan "tukang sapu" dibandaraya Islam kerana tidak mempertahankan "mandor"nya, Arif "yang berapa" Fahami pun mula buat kenyataan yang kelakar. Tu pun kalau dilihat dari satu aspek. Jika dilihat dari aspek yang lain, tu dah namanya lelaki *****. Ape taknya? Bila bini buat sesuatu dan itu dikatakan "haknya", sedangkan Islam jelas mengajar para penganutnya yang seorang  isteri tak boleh membuat apa-apa tanpa kebenaran suami kecuali yang wajib atau fardhu sahaja. Nak puasa sunat pun kena mintak keizinan si suami. Jadi tak timbullah soal hak, kerana hak isteri tertakluk kepada kelulusan suami. Bila puteri kesayangan menulis, sudah tentu dengan izin menantu yang ditatang bagai minyak yang penuh. Takkan hukum begini Tuan Guru tak ajar. Bila dikatakan "itu haknya" maknanya suami jenis ape ni? Macam mana nak bangunkan negara Islam. Tu lah akibat agaknya bila mereka selalu kena mintak fatwa dari Sheikh Pak dan kitsiam.

Berita #5
Sebenarnya banyak lagi yang boleh ditulis, tapi rasanya cukuplah takat ni dulu. Yang akhir ni pasal bila budak-budak berdemonstrasi di Selangor, mintak PAS keluar dari PR. Tanpa usul periksa, terus je pimpinan PAS kata, mereka bukan ahli PAS, tak kenal pun mereka, UMNO yang atur, orang UMNO dan macam-macam lagi. Pendekkata, orang PAS tak buat, tapi orang UMNO.
Beberapa orang peminpin UMNO pun dalam hal ni bagral jugak. Terus je nafikan, pun tanpa ambil masa sikit untuk periksa. Ade untung ke tidak?

Wahai Pemimpin UMNO. Cuba fikirkan andaian dibawah sebelum buat apa-apa kenyataan;

Andaian pertama, mereka memang ahli PAS dan memang inisiatif mereka untuk berdemonstrasi.
Inilah peluang terbaik untuk UMNO melondehkan kepada rakyat yang PAS sememangnya cakap tak serupa bikin. Langsung tidak dapat menerima perbezaan pendapat, walaupun mereka melaung-laungkan keterbukaan, hatta menerima perbezaan pendapat dengan rakan-rakan mereka dalam PR. Inilah contoh orang paling hipokrit dan munafik. Jaja dan jelaskan kepada rakyat.

Andaian kedua, mereka memang ahli PAS tapi UMNO yang berada dibelakang demontrasi tersebut.
Inilah kejayaan UMNO yang paling besar dalam beberapa tahun ini, malah mungkin kejayaan politik paling besar dalam sejarah UMNO sendiri. Mereka berjaya menjadikan orang PAS sebagai kuda tunggangngan atau lebih tepat barua. Tak pernah sebelum ini. Yang selalu berlaku ialah orang UMNO yang ditunggang oleh PAS, PKR dsbnya. Sepatutnya bila pimpinan PAS kata UMNO yang menjadi pemimpim orkestra dalam demonstrasi tersebut, pemimpin UMNO terus mengiakan kebenarannya kerana itulah yang dinamakan laba tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Bulan sudah jatuh keriba.


Andaian ketiga, mereka bukan ahli PAS dan digerakkan oleh inisiatif mereka sendiri.
Baguslah jika ada sekelompok  manusia yang sanggup bergabung dan berpeluh hingga ke keting untuk menghuru-harakan PAS. Bukan ke itu membawa keuntungan kepada UMNO tanpa perlu mengeluarkan peluh. Nak nafikan buat apa?

Andaian keempat, mereka bukan ahli PAS dan digerakkan oelh UMNO.
Bukankah itu namanya kebangkitan dalam UMNO. UMNO berjaya menggerakkan khalayak untuk menghancurkan PAS. Mungkin kalau nak diharapkan kepada ahli UMNO atau penyokong UMNO, langsung tak bergerak pun. Orang UMNO bukan suka sangat nak berdemonstrasi dan keluarkan peluh. Kalau adapun yang pergi, mesti dengan kereta paling mewah. Paling lekeh pun Mercedes Kompressor atau BMW. Yang muda-muda, kalau tak diberi duit minyak atau disediakan bas mewah dua tingkat, haram nak pergi.

Andaian kelima, Orang UMNO yang digerakkan oleh PAS.
Tak mungkin rasanya. Takkan lah orang UMNO bodoh sampai ketahap tu. Dan untuk apa orang PAS nak buat lagu tu?

Andaian keenam, orang awam yang tak anuti mana-mana fahaman parti politik tetapi digerakkan oleh PAS.
Kalau inilah yang berlaku, makna orang PAS lah yang buat. So what?

Andaian ketujuh, yang terahkir lah kot. Dalam seminggu pun ada tujuh hari je.
Orang UMNO yang digerakkan oleh UMNO. Apa salah nya? Politik? Semua boleh buat asalkan tak langgar undang-undang dan boleh memberi keuntungan kepada parti yang kita dokong dan beri penyakit, virus seterusnya kehancuran dan kematian kepada parti lawan kita.
UMNO perlu buat banyak lagi kerana yang ni dah berjaya. Paling tidak pun berjaya menarik pimpinan PAS untuk membuat kenyataan yang 3 suku masak.

Tapi mungkin ada andaian lain yang para pembaca boleh cadangkan. FIKIR-FIKIRKANLAH.

KESIMPULAN

Memang patut pun PAS keluarkan arahan agar hanya pemimpin tertentu sahaja yang dibenarkan membuat kenyataan kepada media. PAS tahu, lagi ramai pimpinan PAS buat kenyataan, lagilah terang-benderanglah kebodohan pimpinan parti mereka. Bila Naib Presiden Mahfuz mintak Arif'tak"fahmi" letak jawatan secepat mungkin, NP diperlekeh oleh taukehnya sendiri. Malang sungguh nasib Mahfuz. Mungkin tak lama lagi mam***lah. Tapi rasanya si NP ni pun tahu, yang mengherdik beliau ni pun dah tak lama lagi. Dah dekat sangat dengan lubang gaung yang beliau dan anak-beranak serta suku-sakat beliau sendiri yang gali.
Kesian lak aku rasa dengan Presiden dan Timbalan beliau, TV langsung tak soal beliau. Satu kenyataan pun tak keluar. Yang ada hanya puak-puak tu je.  Sampai terpaksa keluar order, yang lain tak boleh cakap kerana no 1 & no 2 nak cakap.

Wallahhua'lam

Tuesday, December 15, 2009

.:: Doa NikJig::.




sebagai ulamak (yang dia sendiri mengaku ulamak atau diangkat oleh balaci-balacinya), doa nikjig sepatutnya amat makbul. tapi setakat ni tak berapa jelas. makbul ke tidak.
sudah tentu nikjig berdoa siang malam pagi petang, hatta tengah malam dan waktu matahari tengah tegap di atas kepala, maklumlah ulamak apenamenye kalau tak selalu berdoa dan bermunajat.

banyak yang berlaku mungkin ada kaitan dengan makbulnya doa nikjig. antaranya, PAS (ade blog panggil Pasberg dan Take Beer) dapat perintah klate 20 tahun. kemenangan PR di selangor, dikedah dan sepurnama di perak mungkin juga berkat doa nikjig. tu pun tak brape jelas, sebab yang benar-benar berkuasa bukannya nikjig & balaci-balacinya tapi yang dapat habuan adalah al-juburi serta 'penjilat-penjilat" dan kitsiam & barua-baruanya,

tapi yang tak makbul rasanye lagilah banyak. tentunya nikjig doa agar dirinya sihat sejahtera supaya boleh perintah klate paling kurang 20 tahun lagi dan dapat lantik cucunya pulak untuk mengauk nikmat dari PMBK selepas menantunya terpaksa dihumban keluar, tapi nikjig selalu sakit, termasuk sakit otak (dia sendiri kata yang dia sakit kepala dan otak duduknya dimane kalau tak dikepala) dan nyanyok. nikjig juga tentu berdoa agar dia boleh ambil alih jawatan ketua PAS & PR dari ji-dik & al-juburi tapi stakat ni jelas tak makbul. ji-dik masih jadi presiden PASberg & al-juburi jadi tokeh PR. nikjig juga pasti berdoa untuk kesejahteraan keluarga & anak cucunya, tapi alih-alih si saludin ayub gak yang gi klate nasihatkan agar arihfahmi di'kubur". habis doa nikjig kemana? nikjig juga tentunya berdoa agar klate tak bah, tapi bah tiap-tiap tahun. tak munasabahlah kalau nikjig doakan agar klate bah tiap-tiap tahun supaya nikjig & balaci-balacinya dapat sama-sama berpesta tengok betih & peha mek come klate. kalau tu yang didoakan, entahlah ape nak jadi lepas ni.

kalau nak senaraikan, dok cukup keyboard nak taip pasal doa nikjig yang tak makbul, walaupun mungkin ada gak yang makbul jarang-jarang & kadang-kadang. doa pasal royalti hanya separuh makbul. doa nak royalti, tapi dapat wang ehsan. tu yang buat nikjid separuh mereng.

bercakap tentang doa nikjid yang makbul, tentu bloggers semua masih ingat doa nikjig agar tuhan hanya perlihatkan yang hijau saja masa nak pangkah kertas undi. dia doakan agar yang biru tak nampak dan akhirnya semua undi PAS yang dapat.

nak dijadikan crita, dalam pilihanraya selepas saja doa nikjig, adalah se'ekor' penyokong setia nikjig & ji-dik yang tersalah pangkah. kerana dia lihat semuanya hijau, jadi dia pangkahlah. tanpa diduga yang dia pangkah tu adalah kotak BN yang dia lihat hijau, kerana makbulnya doa nikjig. nak tambah kelakarnya, yang sekor ni walaupun jadi balaci nikjig & ji-dikbetahun-tahun (dah boleh diangkat sebagai 'king of balaci' kerana dah lama sangat jadi balaci & dikira "orang atasan - tapi bukan yang jenis makan pisang), masih tak tahu proses pengundian. bila dia sedar yang dia dah ter'pangkah' kotak BN, dia gumpalkan je kertas undi tu dan dimasukkan dalam tong sampah, kemudian dia menemui pegawai SPR mintak kertas undi yang baru. bila pegawai SPR tu tanya kenapa mintak kertas undi baru, padahal sebelumnya dia dah dapat kertas undi dan sememangnya menyalahi peraturan pilihanraya (mungkin ini sebabnya al-juburi mintak pemerhati yang kononya bebas dari australia (tun mahathir kata al-juburi cukup percaya dengan orang putih, orang melayu tak berapa percaya mungkin kerana orang melayu pantang main belakang sedangkan orang putih kalau main belakang tu halal) kerana katanya pilihanraya di negara ini belum matang. yang tak matang tu balaci-balaci, penjilat-penjilat & barua-barua nikjig, al-juburi & kitsiam), dia jawab yang dia dah salah pangkah dan kertas undi tu telah dibuang kedalam tong sampah. lalu jadilah peristiwa dua kali bangang. pegawai SPR tu ambil semula kertas undi dalam tong sampah lalu dimasukkan dalam kotak undi. jika balaci nikjig tu cerdik, tentunya dia buat diam saja, ambil je kertas undi tu dan keluar atau pangkah je skali lagi kat kotak PAS lalu jadilah undi rosak. sekurang-kurangnya, walaupun PAS tak dapat undi, taklah undi tu dapat kat BN. tulah bangannya dek makbulnya doa nikjig.

dari beberapa insiden yang dipaparkan di atas, jelaslah doa nikjig yang kononnya ulamak pewaris para nabi (tak taulah pulak bila nabi wariskan kepada nikjig ada court order ke sebagaimana yang al-juburi selalu mintak?) tak lah sehebat mana. hatta bola sepakpun bawah pimpinan balaci nikjig tak kemana. bila pak nuar pimpin bola klate, nikjig tentu berdoa agar klate "balik awal" supaya mereka boleh ketuk pak nuar habis-habisan, pendek kata sampai mampus. tapi bila klate menang dan mara keakhir, mulalah balaci-balaci nikjig buat honar. mulalah mengamuk, bawak bendera PAS  masuk stadium, membakar peralatan stadium dan kenderaan termasuk kenderaan polis yang puak nikjig selalu sebut sebagai anjing kerajaan dan macam-macam kerja bodoh supaya pasukan klate dikutuk & didenda. akhirnya pak nuar yang terpaksa mintak sedekah untuk pasukannya. kerajaan klate bawah nikjig buat bodoh je bila pak nuar mintak jaminan bagi memenuhi syarat FAM. EXCO klate dengan 'gong'nya membuat kenyataan akhbar menyatakan jika KAFA perlukan jaminan kerajaan klate, pak nuar pergilah sujud pada nikjig. mereka buat-buat tak sedar yang KAFA tu secara tak langsung dibawah pimpinan negeri. semuanya dibuat untuk memalukan pak nuar yang terpaksa mintak syafaat nikjig. nasib menyebelahi pak nuar bila dia dah dapat penaja dan jamina dan sekali lagi doa nikjig dipersimapangan. elimen politik jelas dalam pasukan klate, mungkin tu pun ade kena-mengena dengan doa nikjig.

jadi, tak usah kita risau dengan doa nikjig untuk pecahkan perut dan musnahkan tok najib & rakan-rakan. nikjig pun bukanya sedar sangat apa yang dia cakap, maklum tengah sakit kepala bila doa dia agar arihfahmi kekal tak makbul. doa dia agar nasarudin mat isa, hassan ali & mustafa ali diterajang oleh PAS pun tak makbul. padahal, stopa ali tu sape dia jika nak dibandingkan dengan nikjig. takkan doa tuan tak ber'guru' stopa ali lebih makbul dari doa tuan guru nikjig. wallahhua'lam.

biarlak nikjig dengan dunia nyanyoknya. bukannya suatu yang pelik dalam dunia serba moden ni jika ada orang memilih yang buruk untuk dijadikan hero pujaan. dah banyak yang kita lihat. kulasinggang pun terpesona dengan chingpeng dan dijadikan sebagai idolanya, padahal kulasegaran tak kenal pun chingpeng. tak tahulah kalau kulasegaran pernah pergi jumpa chingpeng di siam. mungkin beliau pergi dengn mentornya, kitsiam. apapun, nikjig sudah tentu lebih baik dari ken"ching peng".

pada kaum kerabat tok najib & tansri muhyiddin, teruskan perjuangan untuk martabatkan bangsa. semarakkan 1Malaysia. Tapi jangan tok najib tak sedar atau buat-buat tak sedar, dalam UMNO & BN serta yang selalu berlegar disekeliling tok najib & tansri muhyiddin pun ramai haprak yang secara sedar atau tidak menyokong nikjig. sedar atau tidak, mereka ni lah yang merosakkan UMNO & BN dimata rakyat. NYAHkan mereka dari senarai calun PRU13. kalau ada yang dalam kabinet & berjawatan penting pun, bersihkan mereja jika perlu. lakukannya sekarang. banyak lagi ahli UMNO yang berwibawa, dihormati dan diterima rakyat terbanyak walaupun mereka bukannya ahli UMNO atau penyokong UMNO. mereka menyokong insan yang baik. mungkin golongan ini tidak berjawatan penting dalam parti kerana telah dicantas dari awal oleh kumpulan haprak tersebut. InsyaAllah, UMNO terus kekal menerajui negara ini kerana yakinlah, Allah SWT tidak pernah menzalimi hambanya dan doa orang 'tak tentu hala' tidak akan makbul.