Tuesday, December 15, 2009

.:: Doa NikJig::.




sebagai ulamak (yang dia sendiri mengaku ulamak atau diangkat oleh balaci-balacinya), doa nikjig sepatutnya amat makbul. tapi setakat ni tak berapa jelas. makbul ke tidak.
sudah tentu nikjig berdoa siang malam pagi petang, hatta tengah malam dan waktu matahari tengah tegap di atas kepala, maklumlah ulamak apenamenye kalau tak selalu berdoa dan bermunajat.

banyak yang berlaku mungkin ada kaitan dengan makbulnya doa nikjig. antaranya, PAS (ade blog panggil Pasberg dan Take Beer) dapat perintah klate 20 tahun. kemenangan PR di selangor, dikedah dan sepurnama di perak mungkin juga berkat doa nikjig. tu pun tak brape jelas, sebab yang benar-benar berkuasa bukannya nikjig & balaci-balacinya tapi yang dapat habuan adalah al-juburi serta 'penjilat-penjilat" dan kitsiam & barua-baruanya,

tapi yang tak makbul rasanye lagilah banyak. tentunya nikjig doa agar dirinya sihat sejahtera supaya boleh perintah klate paling kurang 20 tahun lagi dan dapat lantik cucunya pulak untuk mengauk nikmat dari PMBK selepas menantunya terpaksa dihumban keluar, tapi nikjig selalu sakit, termasuk sakit otak (dia sendiri kata yang dia sakit kepala dan otak duduknya dimane kalau tak dikepala) dan nyanyok. nikjig juga tentu berdoa agar dia boleh ambil alih jawatan ketua PAS & PR dari ji-dik & al-juburi tapi stakat ni jelas tak makbul. ji-dik masih jadi presiden PASberg & al-juburi jadi tokeh PR. nikjig juga pasti berdoa untuk kesejahteraan keluarga & anak cucunya, tapi alih-alih si saludin ayub gak yang gi klate nasihatkan agar arihfahmi di'kubur". habis doa nikjig kemana? nikjig juga tentunya berdoa agar klate tak bah, tapi bah tiap-tiap tahun. tak munasabahlah kalau nikjig doakan agar klate bah tiap-tiap tahun supaya nikjig & balaci-balacinya dapat sama-sama berpesta tengok betih & peha mek come klate. kalau tu yang didoakan, entahlah ape nak jadi lepas ni.

kalau nak senaraikan, dok cukup keyboard nak taip pasal doa nikjig yang tak makbul, walaupun mungkin ada gak yang makbul jarang-jarang & kadang-kadang. doa pasal royalti hanya separuh makbul. doa nak royalti, tapi dapat wang ehsan. tu yang buat nikjid separuh mereng.

bercakap tentang doa nikjid yang makbul, tentu bloggers semua masih ingat doa nikjig agar tuhan hanya perlihatkan yang hijau saja masa nak pangkah kertas undi. dia doakan agar yang biru tak nampak dan akhirnya semua undi PAS yang dapat.

nak dijadikan crita, dalam pilihanraya selepas saja doa nikjig, adalah se'ekor' penyokong setia nikjig & ji-dik yang tersalah pangkah. kerana dia lihat semuanya hijau, jadi dia pangkahlah. tanpa diduga yang dia pangkah tu adalah kotak BN yang dia lihat hijau, kerana makbulnya doa nikjig. nak tambah kelakarnya, yang sekor ni walaupun jadi balaci nikjig & ji-dikbetahun-tahun (dah boleh diangkat sebagai 'king of balaci' kerana dah lama sangat jadi balaci & dikira "orang atasan - tapi bukan yang jenis makan pisang), masih tak tahu proses pengundian. bila dia sedar yang dia dah ter'pangkah' kotak BN, dia gumpalkan je kertas undi tu dan dimasukkan dalam tong sampah, kemudian dia menemui pegawai SPR mintak kertas undi yang baru. bila pegawai SPR tu tanya kenapa mintak kertas undi baru, padahal sebelumnya dia dah dapat kertas undi dan sememangnya menyalahi peraturan pilihanraya (mungkin ini sebabnya al-juburi mintak pemerhati yang kononya bebas dari australia (tun mahathir kata al-juburi cukup percaya dengan orang putih, orang melayu tak berapa percaya mungkin kerana orang melayu pantang main belakang sedangkan orang putih kalau main belakang tu halal) kerana katanya pilihanraya di negara ini belum matang. yang tak matang tu balaci-balaci, penjilat-penjilat & barua-barua nikjig, al-juburi & kitsiam), dia jawab yang dia dah salah pangkah dan kertas undi tu telah dibuang kedalam tong sampah. lalu jadilah peristiwa dua kali bangang. pegawai SPR tu ambil semula kertas undi dalam tong sampah lalu dimasukkan dalam kotak undi. jika balaci nikjig tu cerdik, tentunya dia buat diam saja, ambil je kertas undi tu dan keluar atau pangkah je skali lagi kat kotak PAS lalu jadilah undi rosak. sekurang-kurangnya, walaupun PAS tak dapat undi, taklah undi tu dapat kat BN. tulah bangannya dek makbulnya doa nikjig.

dari beberapa insiden yang dipaparkan di atas, jelaslah doa nikjig yang kononnya ulamak pewaris para nabi (tak taulah pulak bila nabi wariskan kepada nikjig ada court order ke sebagaimana yang al-juburi selalu mintak?) tak lah sehebat mana. hatta bola sepakpun bawah pimpinan balaci nikjig tak kemana. bila pak nuar pimpin bola klate, nikjig tentu berdoa agar klate "balik awal" supaya mereka boleh ketuk pak nuar habis-habisan, pendek kata sampai mampus. tapi bila klate menang dan mara keakhir, mulalah balaci-balaci nikjig buat honar. mulalah mengamuk, bawak bendera PAS  masuk stadium, membakar peralatan stadium dan kenderaan termasuk kenderaan polis yang puak nikjig selalu sebut sebagai anjing kerajaan dan macam-macam kerja bodoh supaya pasukan klate dikutuk & didenda. akhirnya pak nuar yang terpaksa mintak sedekah untuk pasukannya. kerajaan klate bawah nikjig buat bodoh je bila pak nuar mintak jaminan bagi memenuhi syarat FAM. EXCO klate dengan 'gong'nya membuat kenyataan akhbar menyatakan jika KAFA perlukan jaminan kerajaan klate, pak nuar pergilah sujud pada nikjig. mereka buat-buat tak sedar yang KAFA tu secara tak langsung dibawah pimpinan negeri. semuanya dibuat untuk memalukan pak nuar yang terpaksa mintak syafaat nikjig. nasib menyebelahi pak nuar bila dia dah dapat penaja dan jamina dan sekali lagi doa nikjig dipersimapangan. elimen politik jelas dalam pasukan klate, mungkin tu pun ade kena-mengena dengan doa nikjig.

jadi, tak usah kita risau dengan doa nikjig untuk pecahkan perut dan musnahkan tok najib & rakan-rakan. nikjig pun bukanya sedar sangat apa yang dia cakap, maklum tengah sakit kepala bila doa dia agar arihfahmi kekal tak makbul. doa dia agar nasarudin mat isa, hassan ali & mustafa ali diterajang oleh PAS pun tak makbul. padahal, stopa ali tu sape dia jika nak dibandingkan dengan nikjig. takkan doa tuan tak ber'guru' stopa ali lebih makbul dari doa tuan guru nikjig. wallahhua'lam.

biarlak nikjig dengan dunia nyanyoknya. bukannya suatu yang pelik dalam dunia serba moden ni jika ada orang memilih yang buruk untuk dijadikan hero pujaan. dah banyak yang kita lihat. kulasinggang pun terpesona dengan chingpeng dan dijadikan sebagai idolanya, padahal kulasegaran tak kenal pun chingpeng. tak tahulah kalau kulasegaran pernah pergi jumpa chingpeng di siam. mungkin beliau pergi dengn mentornya, kitsiam. apapun, nikjig sudah tentu lebih baik dari ken"ching peng".

pada kaum kerabat tok najib & tansri muhyiddin, teruskan perjuangan untuk martabatkan bangsa. semarakkan 1Malaysia. Tapi jangan tok najib tak sedar atau buat-buat tak sedar, dalam UMNO & BN serta yang selalu berlegar disekeliling tok najib & tansri muhyiddin pun ramai haprak yang secara sedar atau tidak menyokong nikjig. sedar atau tidak, mereka ni lah yang merosakkan UMNO & BN dimata rakyat. NYAHkan mereka dari senarai calun PRU13. kalau ada yang dalam kabinet & berjawatan penting pun, bersihkan mereja jika perlu. lakukannya sekarang. banyak lagi ahli UMNO yang berwibawa, dihormati dan diterima rakyat terbanyak walaupun mereka bukannya ahli UMNO atau penyokong UMNO. mereka menyokong insan yang baik. mungkin golongan ini tidak berjawatan penting dalam parti kerana telah dicantas dari awal oleh kumpulan haprak tersebut. InsyaAllah, UMNO terus kekal menerajui negara ini kerana yakinlah, Allah SWT tidak pernah menzalimi hambanya dan doa orang 'tak tentu hala' tidak akan makbul.

No comments:

Post a Comment